Saturday, 19 January 2013
Apa yang terjadi pada hari pertama di sekolah.
Selamat sejahtera! Nama saya Nur Haidatul. Saya dari kelas 2 Teamwork. Saya akan menceritakan apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Pada hari pertama, saya amat ghairah untuk mengambil tahu siapa guru saya. Jadi, guru untuk kelas saya ialah Ms Premila. Dia sangat baik dan juga kelakar orangnya. Dia menceritakan tentang dirinya dan juga hobbinya. Setelah itu, dia mahu satu kelas memperkenalkan diri mereka. Apabila giliran saya tiba, saya pun mula memperkenalkan diri saya dengan memberitahu nama, hobbi, aktiviti kokurikulum saya dan masa lapang saya. Setelah selesai, dia menghulurkan borang untuk diberikan kepada ibu bapa kami. Selepas itu, dia pun menamatkan kelas. Seronok juga berbual dengannya. Semoga anda terhibur membaca blog saya ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog kamu menarik :)
ReplyDeleteIsi blog awak sungguh menarik dan saya amat gembira kerana kami masih di dalam kelas yang sama :)
ReplyDeleteSaya suka dengan blog awak. Ia sangat menarik dan saya setuju dengan awak kerana Ms Premila ialah seorang yang baik dan kelakar orangnya :-)
ReplyDeletewahhhhhhh, blog yang sungguh menarik ^^ saya suka, saya suka!
ReplyDeleteWow! Saya berasa bangga kerana kamu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik. Syabas! Tetapi mengapa cuma ada satu pos sahaja? Hmmmm
ReplyDeleteWOW Haidatul ! Lawanya blog awak ! Saya suka beruang panda !
ReplyDeletewah menarik
ReplyDeleteBlog kamu lawa sekali!
ReplyDelete