Sunday, 27 January 2013
Aktiviti pada hari Sabtu.
Selamat pagi semua! Saya akan memulakan blog saya dengan menceritakan apa aktiviti saya pada hari Sabtu. Pada hari Sabtu, kesemua murid-murid harus hadir ke sekolah untuk aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti itu dipanggil "Recyclatron". Untuk kelas saya, kami harus membuat sembilan blok kerana kelas saya mempunyai 42 murid tetapi sebenarnya cuma ada 39 murid. Saya sedih kerana kumpulan saya cuma ada empat orang dan kesemuanya lelaki kecuali saya. Selepas membuat 4 blok, semua murid sudah penat. Kami semua harus mengangkat suratkhabar yang berat itu. Jadi cikgu saya membenarkan kami untuk membeli makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar. Kelas saya yang terakhir untuk menyelesaikan kesemua 9 blok. Kami menamatkan aktiviti itu pada pukul 1.35 petang. Harap semua terhibur membaca blog saya ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kita semua telah berasa seronok apabila membuat aktiviti itu :)
ReplyDeletesaya senang kerana kami di dalam kumpulan yang sama, he he. :)
ReplyDeletesaya berasa gembira dan ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan untuk saya :)
ReplyDelete