Sunday, 27 January 2013
Aktiviti pada hari Sabtu.
Selamat pagi semua! Saya akan memulakan blog saya dengan menceritakan apa aktiviti saya pada hari Sabtu. Pada hari Sabtu, kesemua murid-murid harus hadir ke sekolah untuk aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti itu dipanggil "Recyclatron". Untuk kelas saya, kami harus membuat sembilan blok kerana kelas saya mempunyai 42 murid tetapi sebenarnya cuma ada 39 murid. Saya sedih kerana kumpulan saya cuma ada empat orang dan kesemuanya lelaki kecuali saya. Selepas membuat 4 blok, semua murid sudah penat. Kami semua harus mengangkat suratkhabar yang berat itu. Jadi cikgu saya membenarkan kami untuk membeli makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar. Kelas saya yang terakhir untuk menyelesaikan kesemua 9 blok. Kami menamatkan aktiviti itu pada pukul 1.35 petang. Harap semua terhibur membaca blog saya ini.
Apa yang terjadi pada saya pada hari Selasa lalu.
Salam sejahtera semua! Hari ini saya akan menceritakan apa yang terjadi pada saya pada hari Selasa lalu.Pada hari Selasa lalu, saya jatuh sakit lagi. Batuk saya semakin kurang tapi tekak saya pula yang sakit. Ibu saya kata tekak saya sakit disebabkan batuk saya. Jadi ibu saya membelikan saya ubat untuk tekak saya cepat sembuh. Ibu saya menasihati saya supaya makan ubat tersebut tiga kali sehari. Dan sekarang tekak saya sudah pulih.
Saturday, 19 January 2013
Apa yang terjadi pada hari pertama di sekolah.
Selamat sejahtera! Nama saya Nur Haidatul. Saya dari kelas 2 Teamwork. Saya akan menceritakan apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Pada hari pertama, saya amat ghairah untuk mengambil tahu siapa guru saya. Jadi, guru untuk kelas saya ialah Ms Premila. Dia sangat baik dan juga kelakar orangnya. Dia menceritakan tentang dirinya dan juga hobbinya. Setelah itu, dia mahu satu kelas memperkenalkan diri mereka. Apabila giliran saya tiba, saya pun mula memperkenalkan diri saya dengan memberitahu nama, hobbi, aktiviti kokurikulum saya dan masa lapang saya. Setelah selesai, dia menghulurkan borang untuk diberikan kepada ibu bapa kami. Selepas itu, dia pun menamatkan kelas. Seronok juga berbual dengannya. Semoga anda terhibur membaca blog saya ini!
Subscribe to:
Posts (Atom)