Nur Haidatul Adlin
Monday, 25 February 2013
Peperiksaan sudah tamat
Saya sangat gembira kerana peperiksaan sudah pun tamat. Jadi saya tidak perlu lagi risau tentang peperiksaan dan fokus pada pelajaran saya. Sebelum peperiksaan bermula, saya tidak dapat fokus pada peperiksaan yang akan datang dan risau sangat-sangat. Saya tidak dapat tidur dengan selesa. Selepas ini, guru matematiks akan memulangkan kertas peperiksaan dan beliau kata bahawa ada yang gagal dan ada yang lulus. Terdapat seorang pelajar dapat markah penuh untuk subjek matematik. Itu sahaja yang dapat saya ceritakan untuk hari ini. TERIMA KASIH!
Sunday, 3 February 2013
Membuat blog
Salam sejahtera semua! Minta maaf kerana saya tidak membuat blog tiap-tiap hari, saya tidak mempunyai komputer di rumah. Jadi apa yang saya lakukan ialah saya akan ke perpustakaan untuk membuat blog pada setiap Sabtu. Hehehe. Lebih senang untuk saya. Ibu saya kata dia akan membelikan talifon bibit baru jikalau saya lulus dalam peperiksaan saya supaya senang untuk saya membuat blog. Talifon bibit saya yang saya sedang saya pakai terlalu kecil dan susah untuk membuat blog. Sampai disini sahaja lah. Saya ada soalan untuk Cikgu. Kenapa kami harus mrmbuat blog sedangkan kami mempunyai journal? Hehehehe. Terima kasih.
Sunday, 27 January 2013
Aktiviti pada hari Sabtu.
Selamat pagi semua! Saya akan memulakan blog saya dengan menceritakan apa aktiviti saya pada hari Sabtu. Pada hari Sabtu, kesemua murid-murid harus hadir ke sekolah untuk aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti itu dipanggil "Recyclatron". Untuk kelas saya, kami harus membuat sembilan blok kerana kelas saya mempunyai 42 murid tetapi sebenarnya cuma ada 39 murid. Saya sedih kerana kumpulan saya cuma ada empat orang dan kesemuanya lelaki kecuali saya. Selepas membuat 4 blok, semua murid sudah penat. Kami semua harus mengangkat suratkhabar yang berat itu. Jadi cikgu saya membenarkan kami untuk membeli makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar. Kelas saya yang terakhir untuk menyelesaikan kesemua 9 blok. Kami menamatkan aktiviti itu pada pukul 1.35 petang. Harap semua terhibur membaca blog saya ini.
Apa yang terjadi pada saya pada hari Selasa lalu.
Salam sejahtera semua! Hari ini saya akan menceritakan apa yang terjadi pada saya pada hari Selasa lalu.Pada hari Selasa lalu, saya jatuh sakit lagi. Batuk saya semakin kurang tapi tekak saya pula yang sakit. Ibu saya kata tekak saya sakit disebabkan batuk saya. Jadi ibu saya membelikan saya ubat untuk tekak saya cepat sembuh. Ibu saya menasihati saya supaya makan ubat tersebut tiga kali sehari. Dan sekarang tekak saya sudah pulih.
Saturday, 19 January 2013
Apa yang terjadi pada hari pertama di sekolah.
Selamat sejahtera! Nama saya Nur Haidatul. Saya dari kelas 2 Teamwork. Saya akan menceritakan apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Pada hari pertama, saya amat ghairah untuk mengambil tahu siapa guru saya. Jadi, guru untuk kelas saya ialah Ms Premila. Dia sangat baik dan juga kelakar orangnya. Dia menceritakan tentang dirinya dan juga hobbinya. Setelah itu, dia mahu satu kelas memperkenalkan diri mereka. Apabila giliran saya tiba, saya pun mula memperkenalkan diri saya dengan memberitahu nama, hobbi, aktiviti kokurikulum saya dan masa lapang saya. Setelah selesai, dia menghulurkan borang untuk diberikan kepada ibu bapa kami. Selepas itu, dia pun menamatkan kelas. Seronok juga berbual dengannya. Semoga anda terhibur membaca blog saya ini!
Subscribe to:
Posts (Atom)